Kat rumah mom-in-law, kalau raya, menu utama kami ialah tose. Ha, jangan terkejut. Sebab saya dah lama terkejut. He!he! Ada la cerita di sebalik tabir. Namun begitu, tose ni tak la sama macam tose kedai mamak yang nipis tu. Ini versi Melayu. Match kan dengan kari kambing.. Hmm, sedapnya.. tapi kambing tak boleh makan selalu.I pun sejak dah pandai masak tose ni, tak payah tunggu raya. Bulan puasa lagi dah buat. Eh, tak juga, tak puasa pun buat...
1. 1 kilo tepung beras
2. 600 gm kacang ulunthu (yang tak ada kulit hitam)
3. sepeket yis mauripan (11gm)
4. 2 cawan nasi
5. Garam
6. Santan dari ½ biji kelapa
Caranya:
Rendam kacang. Bila dah lembut, blend kacang dan semua yang lain. Simpan bagi yis kembang. Kalau di kedai mamak tose agak masam. Itu adalah disebabkan yis dikembang agak lama. Kalau tak nak rasa masam, 2-3 jam pun ok dah. Tak payah tunggu seharian.
Bila dah kembang, boleh dimasak atas kuali leper. Tuang sesenduk, bulatkan macam buat kuih ketayap, dan leperkan sejalur sahaja. Jangan lupa tutup dengan tudung periuk. Takut tak masak. Jangan terbalikkan, nanti hasil tak cantik. Cubalah..
Sunday, December 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment