Sunday, December 7, 2008

Roti Pita

Ni, I dapat masa ikut kawan (kak Bush) pergi rumah kawan. Belajar la kiranya... Kalau tak silap, yang turut sama ikut kelas ni, kak Ina dan kak Shah.

1. 1 kg tepung gandum
2. 4 tbsp yis
3. 4 tbsp susu tepung
4. 2 – 3 tbsp gula
5. 1 tsp garam
6. 3 cawan air suam. (Guna cawan arcoroc - mungkin kurang sesudu - test dulu)
7. 4 tbsp minyak (masuk bila dah gaul yang lain.

Ha.. resepi ni kena pakai mesin. Boleh la kalau nak uli dengan tangan.. tapi saya tak pernah buat.
Caranya agak rumit juga. Setelah diuli, bulatkan seketul-seketul. (agak2 50 gm). Kemudian leperkan. Tak boleh gelek dua belah. Sebelah sahaja. Panaskan atas griddle. Bila dah naik gelembung, masukkan kedalam oven, api atas. Baru dia naik macam belon. Hmm... siap lah tu!

No comments: