Sunday, December 7, 2008

Gulai Parpu Makcik Asma

Ni masakan orang Kedah. Parpu tu ialah kacang dal. I ni kalau bab masak tak la pandai sangat. Tapi kalau bab merasa tu tahulah mana sedap dan yang mana kurang. Yang ini, bagi I sedap. Pairkan dengan masak sambal ayam (cili). Baru jadi. My husband's favourite! Ye la, masakan makcik dia, kan... Sampai I boleh buat lawak la, makcik goreng telur mata kerbau pun, sangat sedap. What to do. I bukan jealous. Malas nak layan je..So, here's the recipe:
1. 1 genggam kacang dal - rendam hingga kembang dan masak hingga agak kering. Jgn hangit.
2. 1 sudu makan rempah kari ikan
3. Sedikit serbuk kunyit
4. Ubi kentang, terung bulat, santan dari 1/2 biji kelapa dan sedikit air asam

Cara:1. Selepas dal kering, masukkan bahan yang lain. Pandai-pandai la ikut mana dulu.2. Dalam periuk atau kuali lain, tumis daun kari, bawang merah, + sedikit biji sawi dan 1 batangcili kering3. Curahkan semua, termasuk minyaknya ke dalam rebusan tadi.

No comments: