Sunday, December 7, 2008
Dodol Mom
Di Sg Merab (my kampung) masa dulu-dulu, setiap kali raya mesti masak dodol. and the word is kacau dodol. Biasanya tunggu dua minggu atau paling lewatpun seminggu sebelum raya mesti kacau dodol. Satu kawah lagi tu. Meriahnya macam pesta. Masa tu saya kecik lagi, kacau masa mula-mula je. Bila dodol dah likat, kita pun lari, gi main bunga api. Abang-abang sepupu, adik mom pun turut membantu. ( Ye la, kalau tak siapa nak kacau. Takkan mom kot). Penat mengacau dodol ni. Kekadang tu, depa kata dah siap, sebab nak berhenti kacau. Bila mom test, hmm.. teruskan...Beberapa tahun lepas, kita orang sampai upah mat indon tolong kacaukan. Yang penting, nak buat sendiri. Kami tak pandai nak beli-beli... Dulu grandma sampai siap dengan anyaman daun (daun apa ye?) untuk masukkan dodol yang dah masak. Bila pergi beraya, ha, bawa la dodol tu sebagai buah tangan. Mesti kakak2 ipar mom (kakak abah) puji. Sekarang ni bila dah tak buat, kami pun tak makan la dodol masa raya lagi. Sebab? Tak suka yang beli.Ok, ni resepi Dodol Sg Merab - Dodol mom1. 1/2 gantang tepung pulut (lk 4 kampit 500gm tu, ye ke?)2. 5 kati gula putih, 1 kati gula melaka3. 10 biji kelapa, ambil santanMula-mula kacau tepung dengan santan dulu. Gulu later.Yang membezakan dodol sedap atau tidak, bukan setakat bahan je. Kacau mesti cukup. Baru likat dan sedap. Ada ke lagi orang-orang muda yang nak kacau dodol ni?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Grand Casino New London - Mapyro
Grand Casino New London is a casino near Shilche near the Shilche station 광양 출장마사지 in London, and 용인 출장마사지 is open daily 군산 출장안마 24 hours. The casino has 전라북도 출장마사지 an 춘천 출장샵 excellent
Post a Comment