Sorry, this time there will be no exact amount. Just basic ingredients.The quantity depends on your expertise, as a cook. Kalau tak reti, ala, bantai je..
1. Bawang
2. Halia
3. Bawang putih
4. Serai
5. Lengkuas
6. Asam jawa
Sunday, December 21, 2008
Kari Cair Mom, ala Rembau
Kari Cair Mom, ala Rembau Kalau kenduri kat Rembau, mesti ada sejenis masakan ni. Macam kari, tapi agak cair. Dan lagi satu, kalau sembang dengan arwah abah dulu, mesti bangga dengan sembelihan kerbau, bukan lembu. Sebab abah kata lembu ni makan macam-macam. Plastik pun makan. Masa kecik dulu tak reti sangat nak appreciate. Tapi sekarang sampai boleh convince my husband la. Apa nak kata, dah memang sedap. Masa adik bongsu saya kawin tahun 2005 dulu, mom pun masak la masakan ni. Tapi, kuantiti macam nak kenduri la ye.
1. 2 pikul (120kg) daging - masak dalam 3 kawah
2. 24 kg santan pekat - 8kg bagi setiap kawah
3. 1 kati cili boh (yg siap beli kat pasar borong tu) - bahagi untuk 3 kawah
4. 3 bungkus besar rempah kari - 1 bungkus bagi setiap kawah
Cara:Tumis bawang putih, bawang kecil, halia dan cili. (kuantiti tu pandai-pandai la). Masuk daging, masak sehingga lembut (l/k 1/2 jam atau lebih). Apabila daging sudah lembut, baru masukkan santan.Memang masa kenduri tu masakan ni dapat pujian.

Rendang Mak (Bukan Tok ye)
Disebabkan saya ambil resepi ni sebaik sahaja lepas kenduri adik kawin, kuantiti yang dinyatakan ikut keperluan kenduri la. Versi mak, masa ingatan masih fresh lagi.
1. 3 pikul (180kg) daging
2. 120 kg santan
3. 1 guni bawang putih. (besar mana guni?, Cek la kat kedai..)
4. 2 guni bawang merah (yang harganya pada tahun 2005 tu RM32)
5. 5 kg halia
6. 4 - 5 kg cili serbuk
7. 3 ikat besar serai (beli kat pasar borong)
8. 3 ikat besar dau kunyit
9. Kunyit
Nombor 3 hingga 5 tu, racik dan blend.Masak sampai kering, tapi tak kering macam serunding. Rendang macam ni famous la di Sg Merab ni. Kebanyakan kenduri ada rendang lk gini.

Nak masak untuk kenduri?
Saja nak turunkan petua mom kat sini. Untuk ingatan sendiri....
1 pikul daging - 1000 orang100 ekor ayam - 1000 orang
Daging untuk gulai - peha belakang
Daging untuk rendang - peha depan
13 kampit basmati (nasi minyak) + 2 kg beras biasa (nasi putih) - 2000 orang
1 pikul daging - 1000 orang100 ekor ayam - 1000 orang
Daging untuk gulai - peha belakang
Daging untuk rendang - peha depan
13 kampit basmati (nasi minyak) + 2 kg beras biasa (nasi putih) - 2000 orang
Tuesday, December 9, 2008
Mee Soto
Rasa soto, tapi tak sama dengan yang dijual di pasar malam... Boleh cuba...
1.75 kg ayam
2 liter air
20 gm garam
500 gm mee kuning
250 gm taugeh
15 gm ketumbar
5 gm jintan putih
5 gm jintan manis
5 gm lada putih
1 batang serai
10 gm lengkuas – dihiris
4 biji candlenuts / buah keras
35 gm bawang merah
Untuk cili:
60 gm cili padi + light soy sauce
Rebus ayam dalam rempah, air dan garam. Setelah ½ masak, angkat dan letak atas dulang dan bakar 20 minit. Siat daging.
Lepas tu, hidang dan hias macam soto biasalah. Oh ya, kalau ada pergedil, okay juga. Hiris kentang dan goreng. Tumbuk dan campur lada, garam dan sedikit daun sup. Celup dalam putih telur dan goreng.
(Resepi ini tak tumis. Kalau nak tumis, ok. Tapi jangan guna banyak minyak)

Laksa Johor
Untuk resepi ini, ikut je sukatan betul-betul. Hari Raya Haji baru ni, saya main campak je bahan ke dalam periuk. Lepas tu, ikut rasa. Hmm, kaedah tak menjadi la. So, untuk selamat ikut je resepi dan sukatan. Plus minus sikit-sikit tak pe. Resepi ni dapat dari buku resepi, dr ex-student.
3 bungkus spaghetti
Kuah:
18 ekor ikan kembung – rebus, lecek dan simpan air rebusan
6 camca makan udang kering
18 camca besar rata rempah kari daging – bancuh dengan air rebusan
24 ulas bawang merah
12 ulas bawang putih
6 hiris lengkuas
6 camca besar rata kelapa parut – utk dibuat kerisik
6 batang serai – dititik
12 keping asam gelugor
2 butir kelapa parut – ambil 2.5 liter santan
12 camca teh gula pasir
18 camca teh rata garam halus
24 camca besar minyak
Daun kesum
Bunga kantan
Ulam:
1 2/3 biji timun, buang kulit, hiris nipis bulat dan mayang halus
1 ¼ biji bawang besar – hiris nipis melintang
250 gm taugeh
20 tangkai daun kesum – mayang halus
10 biji cili merah, 10 cm x 10 cm belacan - buat sambal belacan
Daun selasih
Daun pudina
dan 10 biji limau kasturi

Tempe Bacem
Bacem ni kalau tak silap ada bau. Sebab kita akan rebus tempe dengan api yang perlahan bersama-sama dengan bahan-bahan di bawah supaya ianya meresap masuk ke dalam tempe. Lepas tu, tempe digoreng. Resepi Indonesia ni dari Ria, my biras. Her mommy is Indonesian, and her dad is Kelantanese. Ria is good in all sorts of Indonesian food. So, here's one of them.
2 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit ketumbar - ditumbuk
sedikit lengkuas – dititik
2 ketul asam jawa
1 sudu
sedikit gula putih
sedikit garam
2 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit ketumbar - ditumbuk
sedikit lengkuas – dititik
2 ketul asam jawa
1 sudu
sedikit gula putih
sedikit garam
Sunday, December 7, 2008
Tose ala Pokok Sena
Kat rumah mom-in-law, kalau raya, menu utama kami ialah tose. Ha, jangan terkejut. Sebab saya dah lama terkejut. He!he! Ada la cerita di sebalik tabir. Namun begitu, tose ni tak la sama macam tose kedai mamak yang nipis tu. Ini versi Melayu. Match kan dengan kari kambing.. Hmm, sedapnya.. tapi kambing tak boleh makan selalu.I pun sejak dah pandai masak tose ni, tak payah tunggu raya. Bulan puasa lagi dah buat. Eh, tak juga, tak puasa pun buat...
1. 1 kilo tepung beras
2. 600 gm kacang ulunthu (yang tak ada kulit hitam)
3. sepeket yis mauripan (11gm)
4. 2 cawan nasi
5. Garam
6. Santan dari ½ biji kelapa
Caranya:
Rendam kacang. Bila dah lembut, blend kacang dan semua yang lain. Simpan bagi yis kembang. Kalau di kedai mamak tose agak masam. Itu adalah disebabkan yis dikembang agak lama. Kalau tak nak rasa masam, 2-3 jam pun ok dah. Tak payah tunggu seharian.
Bila dah kembang, boleh dimasak atas kuali leper. Tuang sesenduk, bulatkan macam buat kuih ketayap, dan leperkan sejalur sahaja. Jangan lupa tutup dengan tudung periuk. Takut tak masak. Jangan terbalikkan, nanti hasil tak cantik. Cubalah..

Pelbagai Roti daripada Chef Jefri
Chef ni kawan adik I. Dia datang rumah mom, buat demo. Hmm thank u chef.
Ada banyak resepi. Tapi resepi je lah. Malas pulak nak tulis method... Boleh agak-agak je.
FRENCH LOAF
Bahan:
500 gm tepung roti
20 gm yis
10 gm garam
100 gm butter
300 gm air
5 gm bread improver
Rehat 20 minit. Selepas bentuk, rehat 40 minit.
MULTIGRAIN ROLL
Bahan:
300 gm tepung roti
100 gm grain base ( rendam kembang, guna air di bawah)
20 gm yis
5 gm garam
100 gm butter
100 gm air
5 gm bread improver
SOFT BUN
Bahan:
600 gm tepung roti
20 gm yis
60 gm gula
5 gm garam
2 biji telur
100 gm butter
200 gm susu segar / 100gm susu tepung + 200gm air (l/k)
5 gm bread improver
ROTI PUTIH
Bahan:
500 gm tepung roti
30 gm yis
100 gm gula
20 gm garam
100 gm butter
200 gm air
5 gm bread improver
RYE BREAD
Bahan:
750 gm tepung roti
300 gm rye flour
20 gm yis
10 gm garam
100 gm butter / shortening

Gulai Parpu Makcik Asma
Ni masakan orang Kedah. Parpu tu ialah kacang dal. I ni kalau bab masak tak la pandai sangat. Tapi kalau bab merasa tu tahulah mana sedap dan yang mana kurang. Yang ini, bagi I sedap. Pairkan dengan masak sambal ayam (cili). Baru jadi. My husband's favourite! Ye la, masakan makcik dia, kan... Sampai I boleh buat lawak la, makcik goreng telur mata kerbau pun, sangat sedap. What to do. I bukan jealous. Malas nak layan je..So, here's the recipe:
1. 1 genggam kacang dal - rendam hingga kembang dan masak hingga agak kering. Jgn hangit.
2. 1 sudu makan rempah kari ikan
3. Sedikit serbuk kunyit
4. Ubi kentang, terung bulat, santan dari 1/2 biji kelapa dan sedikit air asam
Cara:1. Selepas dal kering, masukkan bahan yang lain. Pandai-pandai la ikut mana dulu.2. Dalam periuk atau kuali lain, tumis daun kari, bawang merah, + sedikit biji sawi dan 1 batangcili kering3. Curahkan semua, termasuk minyaknya ke dalam rebusan tadi.

Roti Pita
Ni, I dapat masa ikut kawan (kak Bush) pergi rumah kawan. Belajar la kiranya... Kalau tak silap, yang turut sama ikut kelas ni, kak Ina dan kak Shah.
1. 1 kg tepung gandum
2. 4 tbsp yis
3. 4 tbsp susu tepung
4. 2 – 3 tbsp gula
5. 1 tsp garam
6. 3 cawan air suam. (Guna cawan arcoroc - mungkin kurang sesudu - test dulu)
7. 4 tbsp minyak (masuk bila dah gaul yang lain.
Ha.. resepi ni kena pakai mesin. Boleh la kalau nak uli dengan tangan.. tapi saya tak pernah buat.
Caranya agak rumit juga. Setelah diuli, bulatkan seketul-seketul. (agak2 50 gm). Kemudian leperkan. Tak boleh gelek dua belah. Sebelah sahaja. Panaskan atas griddle. Bila dah naik gelembung, masukkan kedalam oven, api atas. Baru dia naik macam belon. Hmm... siap lah tu!

Masak Lemak Cili Api
MASAK LEMAK CILI API MAK KAK INA
Ni resepi turun temurun dari orang yang pakar.. Tapi sebenarnya ada banyak version. So it's really up to us..
Seekor ayam
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai dititik
3 helai daun limau purut (optional)
1 tangkai daun kari (Ini khas ikut resepi mak kak Ina)
kunyit
asam keping (ikut kesesuaian)
15 ke 20 ulas cili api (Ikut pedas yang dikehendaki - tapi mesti pedas, kalau x, tak la sedap)
Caranya: Kecutkan semua sampai setengah masak. Tambah air, biarkan ayam masak. Kalau nak tambah kentang ok juga. Last sekali masukkan santan dan kacau jangan sampai pecah santan.

Rendang Rembau Mak Kak Ina
Hmm, ini resepi yang special, di mana saya dapatkan resepi ini betul dari orang yang pakar dan yang tua. (Tua tu maksudnya banyak pengalaman la.) Orang yang dimaksudkan ialah mak Kak Ina. Kak Ina ni dua pupu arwah abah. Masa kecik-kecik dulu, kami duduk kat Rembau, memang rapat dengan family Cikgu Lieh (Nama manja untuk Cikgu Alias). Cikgu Lieh ialah kawan baik merangkap cikgu abah. Saya memang suka makan rendang Rembau. Nasib baik ada pakar rujuk.
Dalam resepi ni kena buat rempahnya dulu. Nanti untuk masak seekor ayam, gunakan lebih kurang sesenduk rempah rendang ini. Buat banyak, boleh disimpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
Ok, resepi untuk rempah rendang.
1. 12-14 sudu besar (heap) ketumbar
2. 2 sudu besar (level) jintan manis
3. 2 sudu besar (level) jintan putih
4. 3/4 sudu besar (level) lada hitam
5. 1 kulit kayu manis
Basuh semua rempah dan sangai di kuali. Seterusnya, di blend jadi serbuk. - rempah rendang.
Untuk buat rendang ayam,
1. 1 ekor ayam
2. 5 ulas bawang merah
3. 3 ulas bawang putih
4. 1-2 inci halia
5. 3 batang serai - dititik
6. 3 batang serai - ditumbuk / blend (Versi lain - tak payah blend - semua dititik)
7. 3 sudu cili boh (Versi lain - tambah cili api - lk 20 biji - ikut kepedasan yang dikehendaki)
8. kelapa 2 biji - untuk santan (Versi lain - 3 biji kelapa)
9. Kunyit
10. Penumis - 3 ulas buah pelaga, 5 biji cengkih, 1 kuntum bunga lawang
11. Garam
12. Rempah rendang (resepi di atas) - 3 sudu / lk sesenduk
Cara: Kecutkan semua kecuali santan. Boleh juga angkat ayam spy x overcooked. Tapi kalau tak angkat, jangan terlalu kerap kacau - nanti ayamnya pecah2, dan tak comel.
Rendang ni sedap, tapi tak boleh makan selalu. Banyak pakai santan, kolesterol tinggi.

Dodol Mom
Di Sg Merab (my kampung) masa dulu-dulu, setiap kali raya mesti masak dodol. and the word is kacau dodol. Biasanya tunggu dua minggu atau paling lewatpun seminggu sebelum raya mesti kacau dodol. Satu kawah lagi tu. Meriahnya macam pesta. Masa tu saya kecik lagi, kacau masa mula-mula je. Bila dodol dah likat, kita pun lari, gi main bunga api. Abang-abang sepupu, adik mom pun turut membantu. ( Ye la, kalau tak siapa nak kacau. Takkan mom kot). Penat mengacau dodol ni. Kekadang tu, depa kata dah siap, sebab nak berhenti kacau. Bila mom test, hmm.. teruskan...Beberapa tahun lepas, kita orang sampai upah mat indon tolong kacaukan. Yang penting, nak buat sendiri. Kami tak pandai nak beli-beli... Dulu grandma sampai siap dengan anyaman daun (daun apa ye?) untuk masukkan dodol yang dah masak. Bila pergi beraya, ha, bawa la dodol tu sebagai buah tangan. Mesti kakak2 ipar mom (kakak abah) puji. Sekarang ni bila dah tak buat, kami pun tak makan la dodol masa raya lagi. Sebab? Tak suka yang beli.Ok, ni resepi Dodol Sg Merab - Dodol mom1. 1/2 gantang tepung pulut (lk 4 kampit 500gm tu, ye ke?)2. 5 kati gula putih, 1 kati gula melaka3. 10 biji kelapa, ambil santanMula-mula kacau tepung dengan santan dulu. Gulu later.Yang membezakan dodol sedap atau tidak, bukan setakat bahan je. Kacau mesti cukup. Baru likat dan sedap. Ada ke lagi orang-orang muda yang nak kacau dodol ni?
Subscribe to:
Posts (Atom)